
As a child of God, we are the light shining the way back to God for others. However, the world is not persuaded by mere words only. What they desire is reality. I have often said that the Christian faith is a lifestyle, not a just a set of teachings and beliefs. The verse today brings home the important factor that makes our sharing of the gospel more effective. It highlights the importance of people seeing the wealth of good things in you that come from the Lord Jesus! The good things that God has done in and for us are tools in the communication of the Gospel. Everything God has done serves the dual purpose of meeting your needs and being a testimony for His glory.
Today declare, “I’ll acknowledge every good thing which is in me is from Christ and will boldly use it as a powerful testimony for the effective communication of my faith to others.”

作为神的孩子,我们是光,照亮他人回归神的道路。然而,世人并不能仅靠言语被说服。他们所渴望的是现实。我经常说,基督教信仰是一种生活方式,而不单是一套教义和信仰。今天的这节经文让我们明白了使我们更有效地分享福音的重要因素。它强调了人们看到你身上来自主耶稣的丰富美好事物的重要性!神在我们身上所做的善工是传播福音的工具。神所做的一切都有双重目的,一是满足你的需要,二是为他的荣耀作见证。
今天宣告,“我承认我身上的每一件美好事物都来自基督,并大胆地用它作为有力的见证,将我的信仰有效地传达给他人。”

Sebagai anak Tuhan, kita adalah terang yang menyinari jalan orang lain untuk kembali kepada Tuhan. Namun, dunia tidak dapat diyakinkan dengan kata semata-mata. Apa yang diinginkan adalah realiti. Saya seringkali katakan bahawa iman Kristian adalah gaya hidup, bukan sekadar satu set pengajaran dan kepercayaan. Ayat hari ini membawa faktor penting yang menjadikan pemberitaan kita tentang injil lebih berkesan. Ia menyoroti pentingnya orang-orang melihat anda kaya dengan perkara-perkara baik yang datang daripada Tuhan Yesus! Perkara-perkara baik yang telah Tuhan lakukan dalam dan bagi kita adalah alat untuk menyampaikan Injil. Segala sesuatu yang Tuhan telah lakukan mempunyai dua tujuan iaitu memenuhi keperluan anda dan menjadi kesaksian bagi kemuliaan-Nya.
Hari ini isytiharkan, “Saya akan mengakui setiap perkara baik yang ada dalam diri saya adalah daripada Kristus dan dengan berani akan menggunakannya sebagai kesaksian yang berkuasa untuk komunikasi iman saya secara efektif kepada orang lain.”
