
Sanballat sent an open letter filled with rumours to disrupt the work. It was public, intentional, and designed to create suspicion and confusion. Rumours don’t just attack individuals; they weaken teams. In ministry, a few careless words, assumptions, or unverified stories can slowly erode trust and distract everyone from what God is building.
Nehemiah refused to be drawn in. He did not spend his energy defending himself or reacting to every accusation. He stayed anchored in his assignment and kept the work moving forward. As a team, we are not only called to build, but also to protect the environment we are building in.
Be careful with what you hear and what you say today. Refuse to spread unverified information, and don’t let negative voices take root in your heart.
Choose to guard unity, speak truth, and stay focused on the work God has entrusted to your team.

参巴拉发送了一封充满谣言的公开信,试图扰乱建造的工作。这是公开的、有意的,目的就是制造怀疑和混乱。谣言不仅攻击个人,也会削弱团队。在事奉中,几句不经意的话、一些主观的揣测,或未经查证的消息,都可能慢慢侵蚀彼此的信任,使大家从神正在建造的工作中分心。
尼希米没有被牵着走。他没有把精力花在为自己辩护,或回应每一个指控上。他坚定地站在神给他的托付上,继续推动建造的工作。作为一个团队,我们不仅被呼召去建造,也被呼召去保护我们所建造的属灵环境。
今天,要谨慎你所听的,也要谨慎你所说的。拒绝传播未经证实的信息,也不要让负面的声音在你心里扎根。
选择守护合一,说诚实话,并专注在神所托付你们团队的工作上。

Sanbalat telah menghantar sepucuk surat terbuka yang penuh dengan khabar angin untuk mengganggu kerja-kerja yang sedang dijalankan. Ia terbuka secara umum, sengaja dilakukan, dan direka untuk menimbulkan rasa syak wasangka serta kekeliruan. Khabar angin bukan sekadar menyerang individu; ia melemahkan sesebuah pasukan. Dalam pelayanan, sedikit kata-kata yang cuai, andaian, atau cerita yang belum tentu benar boleh mengikis kepercayaan secara perlahan-lahan dan menganggu perhatian semua orang daripada apa yang sedang dibina oleh Tuhan.
Nehemiah enggan membiarkan dirinya terjebak. Dia tidak menghabiskan tenaganya untuk membela diri atau bertindak balas terhadap setiap tuduhan. Dia tetap teguh dengan tugasnya dan memastikan kerja tersebut terus maju. Sebagai sebuah pasukan, kita bukan sahaja dipanggil untuk membina, tetapi juga untuk melindungi persekitaran tempat kita membina.
Berhati-hatilah dengan apa yang anda dengar dan apa yang anda katakan hari ini. Tolak daripada menyebarkan maklumat yang tidak benar, dan jangan biarkan suara-suara negatif bertapak di dalam hati anda.
Pilihlah untuk menjaga kesatuan, bercakap benar, dan kekal fokus pada tugas yang telah Tuhan percayakan kepada pasukan anda.
